srizals
Ya Allah,
Ampunilah para pendusta yang bertaubat
Kerana mereka meninggalkan dusta kerana Mu
Maafkanlah ahli maksiat yang menyesal
Kerana mereka meninggalkan maksiat kerana Mu
Kasihanilah ahli kezaliman yang berhenti menzalimi kerana Mu
Kerana mereka telah menzalimi diri mereka sendiri sebenarnya
Kerana mereka telah menganiayai diri mereka sendiri sebetulnya
Dalam hanyutan nafsu
Membadai akal
Membutakan iman
Melupakan aib diri
Rahmatilah kami Ya Tuhan
Insan-insan kerdil
Yang terlanjur zalim
Yang terlanjur bongkak
Yang terlanjur ujub
Yang banyak salah dan silapnya
Yang banyak keluh-kesahnya
Yang banyak ragu-ragunya
Ingatilah kami akan dosa-dosa kami
Saat kami diuji kesusahan
Saat kami disentuh kepayahan
Saat kami diusik kesakitan
Kerana itu semua tak seberapa Tuhanku
Berbanding segala jerih perih dan derita
Yang kami timpakan kepada hamba-hamba Mu
Tanpa hak
Tanpa sebab
Melainkan hanya kerana suatu kesombongan palsu
Melainkan hanya kerana dengki yang membakar amalan murni
Moga ia menjadi penebus segala dosa silamku
Moga ia menjadi penebus segala dosa hadapanku
Kabulkanlah Ya Allah, Tuhan sekalian Alam
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Maka maafkanlah kami
Hamba-hamba Mu yang bertaubat kepada Mu
Amin Ya Rabbal 'Alamin.
No comments:
Post a Comment
Do comment with your open heart n mind.